07 March 2017

FATTAH AMIN & AZRINAZ MAZHAR HAKIM PASANGAN KEKASIH?



Nama Fattah Amin kembali disebut-sebut selepas episod cinta dengan Noor Neelofa, apabila dia kononnya kini sedang menyulam cinta dengan seorang selebriti berstatus VIP yang pernah menjadi isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.

Mereka juga didakwa semakin rapat selepas Fattah mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan Neelofa yang sudah berakhir.

Biarpun identiti wanita tersebut masih menjadi tanda tanya namun nama Azrinaz Mazhar Hakim mula menjadi sebutan ramai. Malah lebih menguatkan lagi dakwaan itu apabila Azrinaz ada memuatnaik gambar mereka bersama.

Klik untuk gambar besar




Menerusi posting itu ramai yang mula membuat andaian masing-masing mengenai hubungan persahabatan mereka.

Kalau dilihat daripada ruangan komen, berbagai reaksi peminat apabila melihat gambar mesra mereka. Ada yang suka melihat mereka bersama dan merasakan mereka secocok. Namun ada juga mempersoalkan jarak umur diantara mereka yang jauh.

Sebelum Neelofa, Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sherry Ibrahim.



Azrinaz pula sebelum ini pernah bercinta dengan selebriti Wak Doyok sebelum mengakui telah putus pada hujung tahun lalu.

Bagaimanapun masih tiada kenyataan balas daripada Fattah mahupun Azrinaz berkenaan gosip yang sedang hangat bertebaran ini. Apapun jika benar apa yang diperkatakan, apa salahnya kerana masing-masing kini solo. Doakan yang baik-baik sahajalah.

Kita tunggu penjelasan selanjutnya daripada Fattah dan Azrinaz selepas ini. Tiada lagi #lofattah, selepas ini tag team apa pula? Heh!


Sumber: Rotikaya & Astro Gempak
Foto: Fattah Amin IG & Azrinaz Mazhar Hakim IG



         ________________________





No comments: