04 May 2017

DILABEL TERDESAK & TAK LAKU - ELFIRA LOY BALAS DENGAN AYAT PADU



Kita semua mengetahui bahawa hubungan istimewa antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bukanlah perkara baru lagi. Kedua-duanya jelas kelihatan mesra bersama meskipun tidak pernah mengakui sedang 'bercinta'.

Terbaru, bersempena dengan hari lahir Sufian, Elfira menerusi akaun Instagramnya memuatnaik gambar beliau dan Sufian menaiki helikopter dengan ucapan selamat hari lahir.

Namun, tidak disangka, ada juga netizen yang memberikan komen agak melampau dan melabelkan Elfira sebagai seorang wanita yang 'terdesak' untuk mencari lelaki sebagai pasangan.





Tidak tahan dengan komen sebegitu, Elfira telah bertindak untuk membalas komen tersebut dengan ayat yang agak padu.

Bagaimanapun, ada antara peminat Elfira yang meminta beliau bersabar dan jangan terlalu ambil pusing dengan komen berkenaan.

Mungkin individu itu cemburu melihat kebahagiaan Elfira bersama Sufian.

Kami harap Elfira sabar dengan perkara ini... iyelah bukan semua orang yang suka lihat kemesraan anda bersama Sufian. Mungkin betul, beliau merasa cemburu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Foto: Efira Loy IG & Sufian Suhaimi IG




         ________________________





No comments: