12 August 2017
AL-FATIHAH - PAK ENGKU KEMBALI KE RAHMATULLAH
Takziah kami ucapkan kepada keluarga selebriti Cef popular, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan, 57, atau lebih dikenali sebagai Pak Engku atas pemergiannya malam semalam.
Allahyarham yang meninggal dunia dipercayai akibat penyakit kencing manis itu menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di Seksyen 14, kira-kira pukul 9.10 malam semalam.
Allahyarham Pak Engku dikenali umum sebagai pakar perkhidmatan katering melalui syarikatnya, Kuzie Catering & Wedding Planner yang ditubuhkan pada tahun 1994.
Malah, perkhidmatan katering yang diusahakan oleh Allahyarham itu sering menjadi pilihan ramai termasuklah selebriti-selebriti tempatan serta para pemimpin tertinggi negara termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Klik untuik gambar besar
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Ramziah Samah, 47, serta tiga orang anak masing-masing Raja Muhammad Danial, 20; Raja Putri Zarith Sania, 18 dan Muhammad Harith Irfan yang berusia 17 tahun.
Jenazah Allahyarham Pak Engku dijangka akan di semadikan di Makan Diraja Shah Alam selepas disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah kira-kira pukul 10 pagi nanti.
Sementara itu, Muhammad Harith Ifran ketika ditemui menyatakan bapanya itu dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak semalam untuk menjalani pembedahan.
"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia pada malam ini," katanya yang turut menyatakan seluruh ahli keluarganya reda atas pemergian Allahyarham.
www.myartis.com / Sumber: Utusan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment