04 August 2017

BERSALIN OKTOBER INI - SHARIFAH ALEYA FOKUS KERJA BELAKANG TABIR



Pelakon dan personaliti radio, Sharifah Aleya, 34, yang ketika ini sedang mengandung enam bulan anak keempatnya itu memilih untuk lebih bertenang dan menghabiskan masa berehat di rumah.





Difahamkan, bekas penyampai Hot FM itu dijangka melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Mohammed Azam Abdullah (Miko) pada Oktober depan.

Aleya berkata beliau mengambil pendekatan untuk tidak terlalu aktif di luar pada kehamilan kali ini, sebaliknya lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama tiga anaknya.

"Apapun, saya melalui tempoh mengandung dengan lebih santai. Begitu juga tidak banyak persiapan yang dilakukan, sebaliknya hanya menunggu masa untuk anak kami lahir saja," katanya.

Klik untuk gambar besar


Bersama Miko, perkahwinan yang dibina sejak Januari 2013 itu turut mengurniakan Aleya seorang lagi cahaya mata, Ali Abdullah, 2.

Menerusi perkahwinan pertama bersama pemuzik, Muhd Ashraf Aasimuddin, beliau dikurniakan sepasang anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, 8.

Sementara itu, wanita yang turut dikenali sebagai pengacara ini berkata, beliau tidak lagi berceloteh di konti, sebaliknya kini lebih fokus pada kerja belakang tabir sebagai penerbit di stesen radio iM4U.



"Rasanya saya lebih senang dengan kerja penerbitan kerana ia memudahkan saya untuk menyusun masa. Tidak pasti adakah kerana usia atau sebaliknya, namun yang nyata ketika ini saya lebih sukakan privasi.

"Saya suka memberi idea daripada melaksanakan sesuatu cadangan. Memang saya berasa rindu untuk ke udara, namun ia tidaklah terlalu membuak-buak.

"Tidak mudah jadi penyampai radio sebenarnya kerana bukan saja perlu berceloteh selama empat jam, tetapi kita juga harus membuat beberapa kerja di belakang tabir pada masa sama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aleya bakal muncul sebagai pengacara program Aura Khadijah, bergandingan dengan Ustazah Noni untuk siaran TV AlHijrah.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: