29 November 2017

20 FOTO: JAWI NAFI BERI LAYANAN ISTIMEWA - LAGI SEKITAR PERNIKAHAN FATTZURA


Semua mengetahui bahawa pasangan selebriti, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura, 34, selamat diijabkabulkan pada 27 November lalu dalam sebuah majlis nikah yang diadakan secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.





Selain ada yang bergembira dengan berita pernikahan mereka, ada juga yang mempersoalkan keistimewaan yang diberikan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) kepada pasangan terbabit.

Ini kerana pasangan pelakon dan penyanyi itu mengakui masih belum menghadiri kursus perkahwinan selepas beberapa hari mereka dinikahkan.

Bagaimanapun, JAWI menyangkal dakwaan berkenaan dan menjelaskan pihaknya ada menerima dokumen lengkap pernikahan pasangan itu.

Klik untuk gambar besar


Menurut jurucakap pejabat agama itu, Fattah dan Fazura tersebut melalui prosedur perkahwinan sama seperti pasangan berkahwin lain iaitu melalui secara talian.

Tambahnya, pihak mereka tidak memberi sebarang layanan istimewa atau jalan mudah kepada pasangan yang bergandingan dalam drama 'Hero Seorang Cindarella' itu.

"Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut.

"Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian



"Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain," ujarnya yang enggan mendedahkan nama jurunikah terlibat," jelasnya.

Sementara itu, pasangan pengantin baru yang menjadi bualan ramai itu akhirnya berkongsi tiga video yang memaparkan detik indah sekitar majlis pernikahan mereka.

Dalam tiga video yang dimuatnaik di laman Instagram masing-masing, Fattah dan Fazura kelihatan cantik sepadan dalam rona putih dalam majlis pernikahan itu.

Rata-rata para peminat menyambut baik pernikahan Fattah dan Fazura selain mendoakan pasangan ini untuk kekal selamanya, malah ada juga yang tidak sabar mahu lihat cahaya mata mereka kelak.




































www.myartis.com / Sumber: mStar, Fattah Amin IG & Nur Fazura IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: