26 November 2017

PAKAI BAJU NAMPAK 'BENTUK PAYUDARA' - UQASHA TERUK DIKRITIK


Berkongsi gambar-gambar dirinya memakai busana berona hijau yang dilihat agak ketat di bahagian payudara hingga menonjolkan bahagian tersebut, pelakon Uqasha Senrose telah menerima kritikan yang teruk dari netizen.





Gambar-gambar Uqasha yang berpakaian begitu itu telah menarik perhatian ramai sehingga mendapat puluhan ribu komen.

Difahamkan, gambar-gambar itu dimuatnaik kelmarin di laman Instagram bagi memberi kredit kepada jurumekap dan pereka baju.

Tetapi sebaliknya mendapat kecaman apabila gambar-gambar tersebut lebih menampakkan tubuh badannya yang montok hingga ada yang berpendapat Uqasha inginkan perhatian.

Malah ada juga yang merasakan tindakan Uqasha membuka tudung suatu ketika dulu kerana ingin berpakaian bebas seperti ini.

Klik untuk gambar besar


Melihatkan gambar-gambar seumpama ini memang tidak semua berfikiran positif, ada yang memerli Uqasha supaya simpan sedikit asetnya untuk tatapan bakal suami.

Tidak silap rasanya baru-baru ini Uqasha mengadu damba mengenai dirinya yang sering menjadi mangsa kecaman.

Tetapi dengan perkongsiannya itu kelmarin, rasanya Uqasha perlu tanya diri sendiri mengapa dirinya selalu dijadikan sasaran.

Tidak dinafikan pakaian Uqasha agak seksi dan membuatkan dirinya sekali lagi menjadi bahan kritikan netizen. Mungkin tidak semua gambar harus dikongsikan jika tidak mahu terus menjadi mangsa kecaman di media sosial.
















www.myartis.com / Sumber: Uqasha Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: