25 December 2017

38 FOTO - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN & KENDURI INDAH RUHAILA


Tahniah kami ucapkan buat penyanyi Indah Ruhaila, 30, yang telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik dengan sekali lafaz semalam.





Indah dan Ahmad Shariff telah disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Center, Subang Jaya.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan mempelai itu.

Pada majlis pernikahan tersebut, suami Indah telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).

Klik untuk gambar besar
MAJLIS PERNIKAHAN


Dalam pada itu, pasangan pengantin telah mengadakan majlis kenduri bagi sebelah pihak perempuan pada sebelah malam di lokasi yang sama.

Sementara itu, Indah dalam satu kenyataan kepada media berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan kebahagiaannya.

"Alhamdulillah, Shariff lelaki terbaik yang hadir dalam hidup saya. Terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat yang mendoakan saya.



"Saya dan suami ada merancang untuk berbulan madu selepas ini tetapi masih tidak tahu destinasi pilihan. Doakan kebahagian dan kesejahteraan kehidupan kami suami isteri," katanya.

Indah turut memohon maaf kepada semua pihak termasuk pihak media kerana mengadakan majlis pernikahan dan persandingan secara tertutup.

"Saya perlu menghormati permintaan kedua kedua-dua pihak. Tiada niat untuk menyembunyikan apa-apa. Saya harap semua memahami keputusan ini. Terima kasih kerana terus menyokong karier saya," jelasnya.

Indah sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan lelaki dikenali sebagai R selama empat tahun namun ikatan itu putus pada April lalu.




































MAJLIS KENDURI SEBELAH PIHAK PEREMPUAN





































www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: