08 December 2017

ANAK SELAMAT DILAHIRKAN - AZWAN & EZZATY KINI BERGELAR IBU BAPA


Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang kini sudah bergelar ibu bapa apabila anak sulung mereka selamat dilahirkan kira-kira pukul 10.27 malam Rabu.





Azwan yang merupakan seorang pelakon ketika dihubungi memberitahu isterinya itu melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Pusrawi, Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, Ezzaty selamat melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram dan keadaan ibu serta anak sihat. Setelah 48 jam mengalami kontraksi bersalin, akhirnya bayi tersebut selamat dilahirkan secara normal.

"Insya-Allah, Ezzaty mungkin dibenarkan keluar dari hospital esok dan berpantang di rumah kami di Shah Alam," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 'Mak Cun' ini memberitahu sudah mempunyai nama untuk bayi mereka ini. Bagaimanapun, dia hanya akan berkongsi nama tersebut setelah tujuh hari kelahiran bayinya.

"Nama dah ada dah! Tapi Ezzaty minta rahsiakan dahulu. Tunggu baby dah masuk hari ketujuh baru kami kongsikan nama. Apa yang penting, nama yang diberi bermaksud baik-baik dan mudah untuk diingati," ujarnya.

Sementara itu, Azwan mengakui melalui pengalaman baharu apabila melihat isterinya bertarung nyawa dalam bilik bersalin.



Ujarnya, sebagai suami, dia tidak mampu melalui detik tersebut dan kagum dengan ketabahan seorang wanita bergelar ibu.

"Pertama kali melihat isteri melahirkan anak, rasa macam tak sanggup nak tengok kepayahan itu. Walaupun mulanya gementar nak tengok proses tersebut, tapi tak sampai hati pula nak tinggalkan Ezzaty seorang diri dalam bilik bersalin.

"Jadi, saya teman dia sehingga semuanya selamat," tuturnya yang berkahwin dengan Ezzaty yang juga pelakon pada 16 Julai tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: