01 January 2018

JIKA TAK WARAS - IQRAM ALU-ALUKAN KEDATANGAN PIHAK UNTUK BANTU


Akui beliau mengalami tekanan, pelakon Iqram Dinzly memberitahu yang ia bukanlah berpunca daripada pemergian ayahanda tercinta sebaliknya dengan netizen yang mencetuskan spekulasi dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar.





"Tekanan? Adalah sedikit mengalami tekanan. Bagaimanapun, tekanan itu bukanlah berpunca daripada pemergian arwah bapa saya, sebaliknya saya tertekan dengan manusia bernama netizen ini.

"Mereka sesuka hati mahu mengecam orang dan menabur fitnah yang bukan-bukan. Siapa mereka untuk berbuat demikian?

"Pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada saya, jadi saya pulangkan semula kepada mereka, tetapi ada pula yang berasa diri mereka terancam," katanya.

Klik untuk gambar besar


Meskipun tertekan dengan segala komen negatif netizen, Iqram bagaimanapun tidak merencana untuk menutup akaun Instagram beliau.

Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kedatangan mana-mana pihak ataupun individu untuk membantu jika benar dirinya sudah tidak waras seperti yang didakwa sebelum ini.

"Kalau betul ada pihak yang ingin membantu daripada aspek kaunseling, saya mengalu-alukan kedatangan mereka.



"Bagaimanapun, dengan syarat bukanlah hanya perjumpaan kosong, sebaliknya mempunyai inisiatif untuk bersama-sama dalam membantu netizen di luar sana dengan memberi motivasi kepada mereka agar jangan sewenang-wenangnya menabur fitnah," kongsinya yang memberitahu belum lagi bertemu dengan mufti selepas pelawaannya tempoh hari.

Beberapa minggu sebelum ketibaan tahun 2018, rakyat Malaysia khususnya peminat hiburan tempatan dikejutkan dengan kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly menerusi siri Instagram Live beliau.

Tidak dinafikan, beliau menerima pelbagai kecaman dan turut mendapat perhatian pakar psikologi yang menyatakan beliau perlu mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah yang sedang beliau hadapi.












www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: