09 March 2018
ISU PUTUS TUNANG - BAPA ELFIRA LOY MINTA SUFIAN BERHENTI
"Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.
"Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.
"Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan.
"Saya fikir, kenapa dia perlu 'main' lagi isu itu? Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu," kata bapa pelakon Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin yang meminta penyanyi Sufian Suhaimi tidak memberikan kenyataan lagi berhubung isu putus tunang.
Klik untuk gambar besar
Beliau yang meminta penyanyi lagu 'Terakhir' supaya tidak memanjangkan isu terbabit bagi menjaga hati semua pihak itu juga berharap keluarga Sufian dapat menasihatinya berkenaan isu ini.
Ahmad Sabri berkata, sejak kebelakangan ini, beliau mendapati Sufian kerap mengulas isu berkenaan sedang keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu, apatah lagi membuat kenyataan kepada media.
Tambah bapa Elfira lagi, beliau berharap kenyataan berterusan dari pihak Sufian bukan sebahagian daripada strategi untuk melariskan lagu barunya, 'Di Matamu' yang bakal keluar tidak lama lagi.
"Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu. Sufian boleh cakap 'tidak' untuk memberi komen.
"Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya untuk mempromosikan lagu baharunya," jelasnya.
Dalam perkembangan terbaru, dengarnya Sufian sempat memberi ucapan hari jadi kepada bekas tunangnya itu semalam.
Namun ditegur netizen kerana menganggap Sufian seolah masih tidak 'move on' dengan perpisahan mereka.
Bulan lalu, dunia hiburan kecoh apabila ibu Elfira, Filzah Yusoff mengesahkan pertunangan anaknya dengan penyanyi tersebut putus.
Mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober, spekulasi ikatan pasangan ini goyah mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.
Sebaik Sufian mengakui berita ikatan pertunangan dengan pelakon itu putus, spekulasi mula bertebaran mengenai punca pasangan ini berubah hati.
Penyanyi itu juga dilihat beberapa kali mengulas isu berkenaan kepada media sedangkan Elfira lebih banyak berdiam diri.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment