14 July 2018

AWET MUDA - ALIF DEDAH NASSIER AMAL BACA SURAH YUSUF


Penyanyi popular, Datuk Nassier Wahab sentiasa mencuri tumpuan peminat dek kerana kelihatan awet muda meskipun sudah berumur.





Dalam pada itu, Nassier juga merupakan antara selebriti terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal.

Sebelum ini, beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.

Begitu juga, mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca surah Yusuf.

Perkara itu diakui sendiri penyanyi Alif Satar yang memuatnaik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak.

Klik untuk gambar besar


Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini.

Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah.

Penyanyi lagu 'Lelaki Seperti Aku' itu juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: