01 September 2018

FOTO 'BERPELUK' - ISMAIL IZZANI MOHON MAAF, KESAL


"Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan keluarganya. Beliau kesal dan Insyaallah kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek.





"Lagi-lagi pada waktu sukar seperti begini," ujar Adib, pengurusnya penyanyi remaja Ismail Izzani berhubung foto 'mesra berpeluk' dengan pelakon Zarina Ann Joulie yang dipercayai di sebuah kelab malam.

Anak kepada penyanyi Datin Seri Suliza Salam sekali lagi menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan aktres Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah kelab malam tersebar di Twitter.

Foto itu pada awalnya dimuatnaik oleh rakan baik Zarina, 32, iaitu pelakon Fathia Latiff di laman Instagramnya dengan kapsyen: "@ismailizzani call her now!".

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan pelakon 'Ariana Rose' itu meminta penyanyi remaja tersebut menghubungi Zarina.

Usaha mStar mendapatkan kenyataan Ismail, 18, juga tidak berhasil apabila penyanyi lagu 'Luar Biasa' itu tidak menjawab panggilan telefon.

Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang tidak mengenakan tudung serta berpakaian seksi dalam foto berkenaan.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: