29 October 2018

DEDAH PUNCA 'KOYAK' - SALWA KONGSI VIDEO ZAMANI NYANYI 'MPYKP'


Menerusi laman Instagram, penyanyi Salwa Abdul Rahman telah mendedahkan punca penyanyi Zamani berdepan masalah peti suara pada konsert minggu ke-5 di Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) malam semalam disebabkan pemakanan.





Kata Salwa, 52, asam jeruk yang mengandungi cuka menjadi penyebab Zamani gagal melantunkan vokal untuk lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta'. Malah, kongsi Salwa, Zamani mengambil makanan terbabit dalam kuantiti yang banyak.

"Syukurlah Zamani masih berada di GV. Go Zamani go! Lain kali jangan makan asam jeruk yang ada cuka! Aduh! Rabak suara.

"Tanya teman-teman di GV, caterer itu ada sediakan jeruk tu. Zamani makan banyak! Sedap kan... Yang ada cuka. Rabak suara!" katanya yang prihatin dengan nasib dan keadaan Zamani.

Klik untuk gambar besar


Salwa turut berkongsi sepotong video Zamani menyanyikan lagu yang sama sepatutnya dinyanyikan malam semalam ketika di sebuah acara sebelum ini.

Video milik asal pembantu peribadi Zamani itu menyaksikan Zamani menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.

Zamani kecundang pada konsert kelima GV5 namun telah diselamatkan oleh penaja utama, Datuk Seri Aliff Syukri daripada tersingir.

Dalam perkembangan sama, Zamani bakal menyanyikan lagu 'Hapus Aku' (Nidji) untuk konsert keenam minggu hadapan selepas diumumkan menerusi GV Live Plus malam semalam.





VIDEO ZAMANI NYANYI LAGU 'MENGAPA PERPISAHAN YANG KAU PINTA' DI SEBUAH ACARA




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Salwa Abdul Rahman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: