21 October 2018

"EMAK PERCAYA FARIS BOLEH JAGA SAYA" - ELFIRA


Kerana terpikat dengan keperibadian dan sikap Muhammad Faris Khairol Anuar, pelakon Elfira Loy mengakui tempoh perkenalan singkat tidak menghalangnya menerima lamaran tunangnya itu.





Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy, 24, memberitahu, perancangan hari bahagia mereka lancar malah disambut baik keluarga kedua-dua pihak.

"Faris hormat dan faham bagaimana keluarga saya. Malah, dia ada visi masa depan. Apa yang lebih penting, emak saya percaya dia boleh menjaga saya. Semuanya berlaku dalam tempoh pantas dan mudah.

"Saya bersyukur dengan apa yang terjadi dan hargai setiap detik. Tidak lupa, saya berdoa ikatan kali ini adalah yang terbaik buat saya dan berkekalan hingga jenjang pelamin.

"Keluarga saya berpegang kepada adat... Jadi, kami membuat keputusan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Semoga semua perancangan dipermudahkan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Awal September, majlis merisik dan bertunang dilaporkan diadakan secara tertutup di kediaman Elfira di ibu negara.

Sementara itu, Elfira belum bersedia mendedahkan tarikh majlis pernikahannya. Sebaliknya, dia hanya menjelaskan, mereka bakal disatukan tahun depan.

Tambah Elfira, dia dan Faris sudah mengikuti kursus perkahwinan namun belum membuat persiapan untuk hari mereka disatukan.

"Tarikh kahwin dalam hati saya, siapa boleh baca hati saya mesti dapat agak," ujarnya yang sebelum ini pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017, namun hubungan mereka secara rasminya terputus pada 18 Februari lalu.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: