Menerima banyak mesej dan emel berikutan beberapa artikel palsu mengaitkannya dengan perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin yang tersebar di internet, pelakon Datuk Aaron Aziz menegaskan dia tidak pernah terlibat dengan sebarang perniagaan terbabit.

"Assalamualaikum semua, saya terima banyak mesej dan email tentan Bitcoin dan bagaimana saya mendapatkan wang melalui perniagaan itu.
"Tolong jangan terpedaya, itu semua penipu!," tuturnya yang meminta agar tiada pengikutnya yang terpedaya dengan apa yang dibaca di internet.
Klik untuk gambar besar

Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz, 42 turut memuatnaik artikel palsu serta posting mendakwa dirinya antara pengguna yang menjana pendapatan melalui mata wang tersebut.
Sementara itu, Aaron berkata, dia tidak tahu dan terlibat penggunaan mata wang berkenaan dan meminta peminat tidak mudah terpedaya sekiranya membaca sebarang artikel mengaitkan dirinya dengan perniagaan itu.
"Saya tidak tahu apa-apa dan saya tidak terlibat dengan ini semua! Ini semua tipu, jangan mudah percaya apa yang anda baca di internet," ujarnya.

www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Aaron Aziz
________________________

No comments:
Post a Comment