07 November 2018

TOMOK MUATNAIK FOTO BERPAKAIAN WANITA - NETIZEN KECAM, 'LGBT'


Menerusi laman Instagram, penyanyi Tomok telah memuatnaik foto beliau berpakaian seperti seorang wanita ditambah pula dengan solekan yang membuatkan dirinya kelihatan lebih jelita dan manja.





Bagaimanapun, foto Tomok bersama pelakon Beto Kusyairi yang juga berpakaian seorang wanita itu menimbulkan sedikit kontroversi.

Ada sahaja netizen yang memuji 'kecantikan' Tomok, tetapi segelintir pihak agak kurang senang melihat imej perempuannya itu.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi itu disifatkan seakan mempromosikan lagi 'LGBT' iaitu satu isu yang cukup hangat diperkatakan sekarang. Namun, sehingga kini Tomok masih berdiam diri sahaja meskipun menerima kritikan.

Bukannya hendak memandang remeh isu 'LGBT' ini, tetapi kadang-kala kita kena relaks sikit, tidak perlu terlalu tertekan. Kami yakin mesti Tomok tiada niat untuk mempromosikan sesuatu yang haram disisi agama.






www.myartis.com / Sumber: BN / Photo IG Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: