25 February 2019

AKAUN IG ANAK - ELVINA JELAS BUKAN UNTUK RAIH PENGIKUT, JANA PENDAPATAN


"Saya sebenarnya tidak mahu Karl ada Instagram sendiri tetapi akaun itu dibuka oleh suami saya. Bukan apa dia mahu memuatnaik gambar-gambar perkembangan Karl sejak lahir untuk tatapannya apabila besar nanti... Akaun itu kami letakkan dalam mod privasi.





"Jadi ia diwujudkan bukan untuk meraih pengikut ke apatah lagi bagi menjana pendapatan menerusi IG review dan sebagainya," demikian kata pelakon Datin Elvina Mohamad.

Elvina menjelaskan kemunculan Instagram untuk anak sulungnya, Karl Mateen bukan untuk meraih pengikut apatah lagi menjadikan ia sebagai medan menjana pendapatan.

Sebaliknya kata Elvina, akaun itu diwujubkan suamianya, Datuk Mohd. haniff Borhan semata-mata untuk memuatnaik gambar perkembangan Karl buat tatapan anak mereka apabila dia besar kelak.

Klik untuk gambar besar


Bercakap mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu pada usia 24 tahun, Elvina memberitahu ia pengalaman menakjubkan selain mengubah dirinya dalam pelbagai sudut.

Paling utama katanya, dia lebih memahami soal tanggungjawab selain mematangkan dirinya sebagai seorang wanita.

"Perubahan itu datang secara semulajadi... Alhamdulillah kehadiran Karl dan perlu membesarkannya adalah tanggungjawab yang saya sifatkan sebagai indah dan menakjubkan.



"Dia adalah segala-galanya buat saya dan suami dan kehadirannya adalah rahmat buat kami sekeluarga," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Elvina memberitahu yang dia bakal kembali memasuki set penggambaran drama bersiri 'Geng Mak-Mak' pada Mac ini bersama Sazzy Falak dan Fatin Afeefa.

Untuk makluman, Elvina dan Mohd. Haniff, 33, berkahwin pada 18 Mac 2018. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung pada awal Disember tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elvina Mohamad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: