22 February 2019

IFA RAZIAH: "JANGAN PANDANG ORANG BELUM BERTUDUNG JAHAT"


"Berhijrah memang mudah, tetapi untuk sentiasa istiqamah itu agak sukar. Jadi saya mohon diberikan masa untuk berubah secara perlahan. Janganlah pandang orang belum bertudung ini sebagai individu yang jahat.





"Saya belum lagi bertudung penuh. Saya harap netizen tidak cepat menghukum sebab penghijrahan ini satu perkara yang besar. Saya tahu menutup aurat adalah satu tuntutan yang wajib. Namun banyak benda yang perlu saya fikirkan.

"Ia perlu datang dari hati dan bukan memenuhi permintaan sesiapa. Hidayah ini milik Allah dan doakan yang baik supaya urusan ke arah itu dipermudahkan.

"Saya percaya setiap berlaku pasti bersebab dan sudah tertulis," demikian kata selebriti serba boleh, Ifa Raziah yang baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa hari lalu.

Klik untuk gambar besar


Ifa meminta agar netizen tidak memberinya tekanan untuk terus segera berubah. Bagi Ifa, memakai hijab merupakan urusannya dengan Tuhan.

Dalam masa sama, Ifa juga berharap agar netizen memberikannya masa agar dapat berhijrah secara perlahan-lahan dan tidak memandang serong kepada wanita yang tidak bertudung sebagai seorang yang jahat.

Sementara itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, dia terpaksa menambah tempoh masa berada di Tanah Suci selama lima hari kerana 'datang bulan' ketika hari ketiga berada di Makkah.



"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Cuma saya diuji apabila 'datang bulan' ketika hari ketiga berada di Makkah. Sepatutnya saya bersama keluarga berada di sana selama 12 hari.

"Akhirnya, kami menambah tempoh masa berada di sana selama lima hari lagi. Saya juga rasa sangat puas hati apabila dapat menunaikan umrah untuk diri sendiri serta arwah ibu dan bapa," ujar Ifa yang menunaikan umrah bersama suami, Mohd Yani serta anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Aqili.

Menutup aurat itu satu kewajipan buat orang Islam, tapi tidak mengapalah jika Ifa mahu mengambil langkah perlahan untuk berhijrah. Asalkan penghijrahan itu kekal dan mendapat keredhaanNya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ifa Raziah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: