13 February 2019

LAGI LUAHAN ISMAIL EMBONG BERHUBUNG ANAK PEREMPUAN & KEHIDUPANNYA


Ayah kepada pelakon Emma Maembong, Ismail Embong sekali lagi memuatnaik status di Facebook miliknya selepas sebelum ini memuatnaik status nasihat kepada anaknya dan juga perempuan lain pada minggu lalu.





Dalam muatnaik itu, Ismail menulis coretan panjang mengenai bagaimana dia berdepan dengan cemuhan netizen yang mengatakan bahawa dia tidak tahu menjaga anak.

"Bisik masalah kepada PA (pembantu peribadi) selalunya bocor. Di sini, saya tewas. Cemuhan tak reti jaga anak dari 'haters', telan saja," tulisnya di laman sosial berkenaan.

Ismail juga berkongsi mengenai bagaimana dia sedar bahawa anaknya perlukan ibu untuk menjadi tempat mereka berkongsi cerita.

"Ada perkara yang sukar diluahkan kepada bapa, senang kepada ibu. Kini, anak itu sudah dewasa dan mahu mencari pasangan masing-masing. Tapi, sukar untuk kita (dia dan anak-anak) berkomunikasi soal 'birds and bees'.

Klik untuk gambar besar


"Rasanya lebih senang mereka berbisik kepada seorang perempuan, seorang yang berstatus ibu kepada mereka," katanya.

Dalam status sama, dia juga menulis luahan rasa yang bercerita mengenai kehidupannya tidak terlalu dekat dengan anak.

"Sejak menduda, saya tinggal solo (sendirian). Anak datang jenguk sesekali, setiap tahun (Raya) berkumpul.

"Mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Yang dah kahwin kararlah (menetap) bersama keluarga mereka.

"Saya tak ganggu, saya tak jenguk. Tak akan pergi ke rumah mereka jika tidak dijemput suami masing-masing dan tidak pernah ada jemputan," tuturnya.



Dalam coretan itu juga, Ismail berkata, dia tidak mengambil tahu mengenai kerjaya anaknya sebagai pelakon.

"Dua lagi yang belum kahwin, yang berlakon pun tidak tinggal sebumbung. Mereka lebih banyak bersama kakak yang sudah bersuami berbanding dengan ayah.

"Saya tak ambil pusing kerjaya mereka. Bila cuti, mereka datang ajak ayah melancong. Memang sukar pantau anak perempuan yang meningkat dewasa," ujarnya.

Status itu menerima lebih 850 'like' dan dikongsikan oleh lebih 50 pengguna Facebook yang lain.

Ismail sebelum ini menasihati golongan wanita supaya menjauhi lelaki yang cuba membuka aib mereka.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Facebook Ismail Embong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: