27 April 2019

'ILHAM ISKANDAR' NAMA ANAK KEDUA - RAJA FARAH DEDAH WAJAH BILA SEBULAN


Menerusi entri terbaru yang dimuatnaik awal malam tadi di laman Instagram, pelakon dan pengacara, Raja Farah akhirnya mendedahkan nama anak keduanya yang dilahirkan pada 7 April lalu. Hampir mencecah 20 hari lahir ke dunia, cahaya mata bongsunya itu diberi nama Ilham Iskandar.





Serentak dengan pengumuman tersebut, Farah turut mengharapkan agar Ilham menjadi anak yang soleh dan bijaksana. Raja Farah bagaimanapun, belum mendedahkan wajah anaknya kerana punya alasan sendiri.

"Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. This is to annouce the name of our 2nd son.. Ilham Bin Iskandar.. 😊. Semoga ilham menjadi anak yg Soleh, anak yg Baik Hati, yg bijaksana, menghormati mama & abah, org2 tua serta semua disekeliling kamu..

Klik untuk gambar besar


"Semoga ilham sentiasa dimurahkan rezeki.... Semoga ilham sentiasa berjaya didunia & akhirat.. Aminnn... Nway, gambar adik ilham kami hold dulu k? InsyaAllah.. genap umurnya 1 bulan, kami akan kongsi kan gambar wajah anakanda tercinta ini..thank you semua diatas doa yg baik2...," tulisnya.

Terdahulu, Raja Farah dan suaminya, Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Imran, 3 tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Raja Farah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: