25 May 2019
YASMIN HANI TERUS BERIKHTIAR UBATI PENYAKIT EKZEMA ANAK KEDUA
Terus berikhtiar untuk mengubati penyakit ekzema yang dihidapi anak keduanya, Eissa Elzander Wong, 3, pengacara dan pelakon, Yasmin Hani berkata, walaupun penyakit dialami anaknya itu tidak seperti kanak-kanak lain, tetapi dia mengakui pernah berasa sangat sedih dan kecewa.
Enggan melayan perasaan sedihnya tanpa membuat apa-apa, dia nekad terus berikhtiar mengubati penyakit anaknya itu: "Bagi anak kecil yang menghidap ekzema, ibu bapa perlu menjaga emosi. Ini kerana kanak-kanak mengalami ekzema ini emosi mereka sangat mudah terganggu. Jadi, apabila mereka mengamuk, ibu bapa harus tenang".
Yasmin yang juga pengacara program Helo Doktor di TV3 berkata, ketenangan emosi ibu bapa sangat penting untuk membantu kanak-kanak yang menghidap ekzema mendapat terapi positif. Yasmin berkata, hatinya memang mudah tersentuh jika berbicara mengenai kesihatan kanak-kanak.
Klik untuk gambar besar
Katanya, pendidikan dan penjagaan kebersihan harus diutamakan ibu bapa sebagai langkah untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah kesihatan. Menurutnya, penjagaan pemakanan sangat penting kepada ibu bapa yang memiliki anak menghidap ekzema.
Hani mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan dan pemuzik Shaarin Razali pada 2011 dan dikurniakan dua anak. Selain Eissa, anak sulung pasangan itu Noah Ismail Wong kini berusia enam tahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Yasmin Hani & Shaarin Razali
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment