21 June 2019
IZZUE ISLAM: "MINTA MAAF... BELUM DAPAT BAGI U BABY IDAMAN..... SELAMAT HARI LAHIR"
"Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan I sepanjang jadi suami U. Belum lagi dapat bagi U baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin. Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat U tersinggung.
"Tak cukup tu, I pernah jugak buat U terasa sampai U menangis. 🙏 Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan I. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver I walaupon I kat sebelah dah berdengkur!
"Time I susah U ada malah U yg senangkan & tenangkan I dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥️ @awinnurin 21.06 #JuneBaby," demikian ucapan pelakon dan penyanyi Izzue Islam sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya, Awin Nurin malam semalam.
Melihat pada rungan komen, ramai peminat Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, itu tersentuh hati dan mendoakan agar pasangan ini yang berkahwin selepas berkenalan lebih lima tahun dengan Awin pada 4 Jun 2013 itu dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Izzue Islam & Awin Nurin
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment