11 June 2019

LEPAS EPIK HIGH - YUNA BAKAL BERKOLABORASI DENGAN JAY PARK PULA?


Semua mengetahui mengenai kejayaan kolaborasi penyanyi antarabangsa Yuna bersama dalam album terbaru Epik High dan kini isterinya kepada Adam Sinclair itu seakan memberikan gambaran beliau bakal berkolaborasi dengan rapper terkenal Korea Selatan, Jay Park.





Yuna yang kini berada di Seoul, Korea memuatnaik foto dirinya bersama Jay Park menerusi akaun Instagramnnya. Menguatkan lagi spekulasi berkenaan, Jay Park turut memuatnaik gambarnya bersama dengan Yuna dari sudut yang berlainan di sebuah studio rakaman.

Rata-rata peminat mengharapkan kolaborasi antara kedua-dua penyanyi ini akan terjadi dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan kejutan daripada Yuna dan Jay Park, tentunya gabungan mereka akan menghasilkan karya yang gempak.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Yuna & Jay Park


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: