02 July 2019
ALIFF SYUKRI AKUI TAK SERIK BERLAKON, LEBIH MEMILIH WATAK SESUAI
Akui tidak pernah serik untuk berlakon selepas filem lakonannya, 'Badang The Movie' mendapat kecaman ramai, usahawan dan selebriti ternama tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menganggap bidang lakonan sebagai hobi dalam kehidupannya.
"Saya tidak pernah serik untuk meneruskan dalam bidang lakonan. Saya hanya sekadar seorang 'talent' yang dibayar untuk berlakon. Saya hanya menganggap lakonan ini sebagai hobi kerana ikutkan berapa sahaja yang saya dapat kalau berlakon. Selepas filem 'Badang', saya masih lagi terus berlakon seperti dalam drama bersiri 'Toyol Ke London' sebagai watak utama," katanya.
Tambah penyanyi lagu 'Bobo Dimana' dan Abang Nak Tegur' itu dia seorang yang memilih terhadap setiap karakter yang ditawarkan kerana ingin melihat kepada kesesuaian dirinya: "Saya mahu lebih bersikap selektif dalam memilih sebarang tawaran berlakon.
"Bukan bermakna setiap tawaran itu saya terus terima atau tolak, sebaliknya saya kena lihat sama ada karakter itu bersesuaian atau tidak. Kalau ikutkan setiap bulan saya dapat tawaran berlakon drama. Namun watak yang ditawarkan adalah menjadi bapa ayam. Saya tidak akan terima untuk watak-watak sebegitu," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment