05 July 2019

FOTO BAK 'KELUARGA BAHAGIA' - NETIZEN DOAKAN HAEL & DAYANG 'NAIK PELAMIN'


Dek kerana memuatnaik gambar meraikan Syawal berdua di hari terakhir semalam di laman Instagram, ramai mendoakan pasangan kegemaran yang turut disapa 'Haeyang', Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah benar-benar 'naik pelamin' bersama.





Melihat pada foto yang dimuatnaik, Hael dan Dayang tampak manis memakai sedondon baju berwarna hitam, berserta dengan anak angkat Hael, Halena dan anak saudara Dayang, Zahra Aeisha. Bak potrait keluarga bahagia! Di ruangan komen pula, netizen berasa teruja melihat 'keluarga bahagia' terbabit serta mengusik kedua penyanyi tersebut agar tidak menunggu lama untuk melangsungkan perkahwinan bersama.

Malah beberapa rakan artis juga turut meninggalkan komen, mendoakan agar perancangan yang dirancang dipermudahkan, seolah memberi bayangan bahawa mereka seperti merancang mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun kedua mereka tidak membalas sebarang usikan peminat. Memang sepadan sangat melihat mereka bersama, apalagi bergambar sedondon begitu. Betul kata netizen, jangan tunggu lama-lama!

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Hael Husaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: