26 August 2019

BILA FESYEN NEELOFA DI MAJALAH CITTA' BELLA JADI BUALAN


Baru-baru ini, fesyen yang digayakan oleh pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa untuk majalah Citta' Bella telah menjadi perbualan hangat. Namun kita tidak boleh menyalahkan netizen kerana gaya Neelofa itu memang lain dari yang lain. Unik dan kebabom sungguh.





Salah satu komen yang paling mencuit hati ialah "tu perahu ke?", "Star war terbaru". Hampir terburai perut Abang Nara membaca komen tersebut. Namun ramai juga yang memuji fesyen Neelofa dan menganggap selebriti itu sebagai seorang legend. Pakai apa pun nampak awesome.

Sebelum itu, satu gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa turut menjadi perbualan hangat. Satu komen yang menarik ialah "Lofa pakai cardbord pun cantik". Kesimpulannya, gaya Neelofa memang akan menjadi tumpuan dan topik perbincangan oleh para netizen. Iyerlah, masing-masing menjadikan Neelofa sebagai idola.

Apa pun dinasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin meniru gaya Neelofa ini supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu. Jangan tiru bulat-bulat. Kadangkala sesetengah fesyen tidak sesuai dengan kita, walaupun selebriti yang menggayakannya memang nampak memukau. Apa pendapat anda tentang fesyen Neelofa ini?

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: