Malang tak berbau... demikian halnya dengan pelakon Fattah Amin apabila kakinya mengalami kecederaan ketika sedang menjalani penggambaran tengah hari tadi. Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, suami kepada pelakon Nur Fazura itu dilihat sedang dirawat oleh sekumpulan pasukan perubatan dan dibawa masuk ke dalam ambulans.

Pergelangan kaki kiri Fattah juga dituam ais dan dibalut anduh: "Accident happens sometimes," tulis Fattah ringkas yang mendapat perhatian isterinya yang memohon peminat mendoakan keselamatan dan kesihatan suaminya: "Mohon doa semua untuk Fattah ya?" tulis Fazura pada ruangan komen.
Bagaimanapun, punca kecederaan masih belum dipastikan. Perkembangan terkini Fattah itu sedikit sebanyak meresahkan peminat setianya yang bimbang akan keadaan kaki pelakon kesayangan mereka itu. Malah, rakan selebriti dan netizen turut mendoakan kesejahteraan Fattah.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fattah Amin
________________________

No comments:
Post a Comment