01 October 2019

KEMELUT BERLARUTAN - SHARNAAZ FAIL NUSYUZ PADA NOOR NABILA



Jika sebelum ini air mata Noor Nabila pernah gugur gara-gara tuntutan cerainya di tolak, terkini kemelut rumah tangga pasangan ini bertambah hangat apabila Sharnaaz Ahmad dilaporkan telah membuat permohonan nusyuz terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana.



"Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.

"Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” kata Sharnaaz dipetik sebagai berkata.



Permohonan tersebut telah disahkan diterima oleh peguam Noor Nabila pada 22 September lalu dan sebutan semula kes nusyuz bagi hasil laporan jawatankuasa pendamai juga telah ditetapkan oleh mahkamah.

Untuk info, baru-baruini Noor Nabila telah memfailkan permohonan cerai pada Sharnaaz Ahmad, namun ditolak oleh Sharnaaz.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: