08 November 2019

BABAK PANAS INTAN & ZUL - PENGARAH NAFI GIMIK, ADEGAN TIADA DALAM MONTAJ


Berhubung gambar mesra pelakon utama drama 'Setelah Ku Dimiliki' iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa, pengarah terkenal, Osman Ali ketika dihubungi menafikan bahawa gambar berkenaan bukanlah sebahagian daripada gimik bagi menaikkan 'rating' naskhah itu. Menurutnya, dia tidak berada di lokasi untuk melakukan penggambaran montaj bulan madu membabitkan watak Adriz dan Sarra.





"Saya sangat terkejut dengan penularan gambar berkenaan. Saya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman. Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan.

"Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama. Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama 'Setelah Ku Dimiliki'," katanya.

Sementara itu, Jai mengakui dia sebenarnya melakukan dua versi penggambaran bagaimanapun kedua-dua tidak menyelitkan adegan seperti dalam gambar yang tular: "Saya 'shoot' dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai.

Klik untuk gambar besar


"Saya terpaksa 'shoot' versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik. Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam 'footage' kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan. Tidak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan," katanya.

Drama 'Setelah Ku Dimiliki' sebanyak 28 episod itu kini ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan komen daripada Intan berhubung gambar mesranya diangkat dan didukung oleh Zul mulai tular sejak dua hari lalu itu masih belum berbalas.

Sejak kelmarin tular beberapa keping foto memaparkan aksi mesra Zul dan Intan berdukung dalam laut. Penularan foto itu mencetuskan pelbagai spekulasi netizen terutama status Intan yang merupakan tunangan orang. Tidak kurang juga ada yang mengandaikan foto-foto terbabit sengaja ditularkan demi meraih rating dan gimik drama lakonan mereka.

Sebelum ini, timbul isu mengatakan hubungan Intan dan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis goyah berikutan gambar memperlihatkan Zul meletakkan tangan di paha pelakon itu hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Intan dan Fazrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos lalu di sebuah hotel ternama di Johor Bahru.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: