Pelakon Aeril Zafrel yang bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi, terpaksa menyembunyikan jantina anak ketiga mereka atas permintaan isterinya Wawa Zainal.

"Jika tidak lelaki, pasti perempuan. Buat masa ini, isteri minta rahsiakan dahulu jantina anak ketiga kami. Dan saya ikutkan sahaja permintaan isteri.
"Persiapan anak ketiga lebih teruja kerana selepas empat tahun baru isteri hamil. Menjaga dua anak ini kita tahu lelahnya bagaimana namun apabila kita cium dan peluk anak, segala kepenatan akan hilang. Saya akan cuba jadi bapa yang terbaik.
"Kalau ikutkan tiga anak tidak cukup. Isteri pernah nyatakan hasrat untuk berhenti mengandung selepas usia 30 tahun," jelas Aeril dipetik sebagai berkata.
Klik untuk gambar besar

"Tak sabar nak berlima, berenam, bertujuh," tulis Wawa pula yang mahu melengkapkan kuota enam orang anak.
Bagaimanapun, dikalangan netizen... ramaiyang meneka anak yang bakal lahir itu nanti adalah perempuan berdasarkan beberapa gambar yang pernah dikongsi oleh Wawa ketika membeli pakaian bayi.
Anda pula teka apa?
________________________

No comments:
Post a Comment