"Assalamualaikum semua.. Innalillahiwainna ilaihirojiu'n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yg beriman.

"Ya Allah.. kuatkan aku..," demikian tulis penyanyi era-80an dan juga bekas bintang Gegar Vaganza musim kedua, Azian Mazwan Sapuwan yang memaklumkan anaknya, Mohamad Aqil Zulkarnain telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Selepas tiga minggu berada dalam keadaan koma, anak Azian meninggal dunia jam 11.30 pagi tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospitala Selayang. Allahyarham Mohamad Aqil sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Dalam kemalangan tersebut. Mohamad Aqil mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan. Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Azian Mazwan Sapuwan
________________________

No comments:
Post a Comment