18 December 2019

IG KELAB PEMINAT DIGODAM: "PERBUATAN TERKUTUK MANUSIA IRI HATI" - SHAM VISA


"Saya terkejut apabila pengurusan dan admin kelab peminat Shamvengers memaklumkan tentang hal ini. Saya tak sangka ada individu di luar sana yang berhati hitam dan berniat buruk terhadap keharmonian saya dan Shamvengers yang terjalin sejak GV ini.





"Perbuatan menggodam akaun IG Shamvengers ini adalah perbuatan terkutuk manusia yang iri hati dengan kebahagiaan orang lain," kata finalis Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Sham Visa yang tidak menyangka ada individu berhati hitam yang sanggup menggodam akaun kelab peminatnya, Shamvengers di Instagram (IG).

Kesal dengan apa yang terjadi, Sham berkata, dia tidak faham mengapa ada pihak yang tidak senang hati melihat keharmonian yang terjalin di antara dia dan Shamvengers. Dia hanya mengetahui tentang akaun rasmi kelab peminatnya digodam selepas diberitahu pengendali IG tersebut, pada Isnin.

Klik untuk gambar besar


Tambah Sham, pihak pengurusannya Mind Order, sedang berusaha untuk mendapatkan semula akaun IG tersebut. Katanya lagi, dia amat berharap agar IG rasmi kelab peminatnya itu diperoleh semula kerana terlalu banyak kenangan dan perjalanan bersama mereka sepanjang keberadaannya di GV.

"Kini, pengurusan saya dengan bantuan pihak berkuasa sedang berikhtiar untuk memperoleh semula akaun IG rasmi kelab peminat saya. Yang menyedihkan adalah terlalu banyak kenangan dan perjalanan bersama peminat yang didokumenkan dalam IG itu. Saya berdoa akaun itu dapat diselamatkan menjelang malam final Ahad ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sham bakal berentap dalam pentas akhir GV 2019 bersama lima bintang lain iaitu Naqiu, Hady Mirza, One Nation Emcee, Jatt dan Nurfatima bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sham Visa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: