11 December 2019

NIKAH 21 DISEMBER DEPAN - FITRI HARIS RAHSIAKAN BAKAL ISTERI


Juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, Fitri Haris bakal mengakhiri zaman duda yang disandangnya selama lapan tahun itu pada 21 Disember depan. Melayangkan jemputan melalui WhatsApp, Fitri yang enggan menyatakan nama wanita yang bakal menjadi suri hidupnya, memberitahu, majlis akad nikah akan diadakan di sebuah hotel.





Jika selama ini, bekas anggota nasyid UNIC itu mengaku trauma dan belum bersedia bergelar suami, kehadiran wanita berkenaan mengubah segala-galanya: "Dia orang biasa, bukan artis. Kami berkenalan melalui keluarga yang memberi cadangan dan restu disatukan.

"Secara jujur, saya tidak tahu bagaimana boleh terbuka hati untuk berkahwin lagi. Selama ini, tertutup rapat pintu hati selain sibuk dengan kerja dan pengajian. Namun, saya ikut rentak. Mungkin ini yang terbaik... Insya-Allah," katanya.

Klik untuk gambar besar


Ditanya kenapa terlalu berahsia mengenai bakal isteri, Fitri memberitahu, ia adalah permintaan keluarga: "Keluarga meminta dirahsiakan semuanya. Nanti kita kongsi cerita selebihnya pada hari perkahwinan kami".

Ketika dihubungi, Fitri berada di United Kingdom (UK) kerana menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Nottingham: "Saya menerima ijazah kedoktoran dalam bidang muzik Islamik. Alhamdulillah, selepas empat tahun menimba ilmu, saya dapat menamatkan pengajian".






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Fitri Haris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: