09 January 2020

INDAH RUHAILA NAFI SARA SUAMI


"Sebagai wanita berkahwin, memang suami yang menyara saya. Dalam Islam, itu tanggungjawab suami terhadap isteri. Sebenarnya apabila timbul cerita ini ia memang pelik. Bagi saya, ia terlalu peribadi untuk dikongsi kerana ia mengenai rumah tangga. Ikutkan, saya tak perlu nak isytihar satu Malaysia pun suami kerja apa. Cukup sekadar orang tahu dia yang menyara saya.





"Disebabkan saya selebriti dan orang nak juga tahu, tidak mengapa, saya kena cakap. Dari awal perkahwinan, banyak cerita tak berapa tepat mengenai kerjaya suami. Ramai menganggap dia adalah jurulatih peribadi di pusat gimnasium sedangkan ketika itu dia seorang daripada ketua di situ.

"Dalam masa sama, suami juga seorang 'multi tasking'. Dia buat semua kerja, rajin dan banyak pengetahuan. Saya cakap ini bukan nak buktikan suami terbaik, tapi itulah dia sebenarnya," demikian kata Indah Ruhaila, 33, yang menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan dia menyara suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufik, 39, sejak mereka berkahwin tiga tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Pudar' ini berkata, suaminya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dari segi nafkah zahir seperti dituntut dalam Islam. Menurut Indah, walaupun suami tidak lagi bekerja di gimnasium itu, dia tetap mempunyai pekerjaan lain dan kekerapan suaminya muncul dalam Instagram Indah disebabkan dia bekerja dari rumah.

"Sekarang dia bekerja sendiri dan menguruskan perniagaan. Waktu kerja pula fleksibel dan banyak di rumah kerana dia ada pejabat sendiri di rumah. Jika ada mesyuarat di luar kebiasaannya dari pagi hingga pagi keesokan harinya.

"Perkara itu saya tidak kongsi di Instagram. Takkan semua benda saya nak kongsi. Jadi, kalau dia kebetulan di rumah, saya akan kongsikan saat itu. Ada juga bertanya berapa banyak duit suami dan boleh bawa saya jalan-jalan. Takkan itu pun saya nak kongsi. Itu semua tak perlu dan peminat hanya perlu tahu apa yang perlu saja," jelas Indah yang berkahwin dengan Ahmad Shariff berkahwin pada 24 Disember 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Indah Ruhaila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: