19 January 2020

SEMAKIN TERBUKA - KILAFAIRY KENALI KEKASIH SEJAK BANGKU SEKOLAH


"Kami sebenarnya sudah saling mengenali sejak 12 tahun lalu, iaitu ketika saya di bangku sekolah lagi. Malah, kami juga sudah lama saling mengikuti di Instagram, cuma ketika itu masing-masing tidak pernah bersua muka atau keluar bersama.





"Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi rapat, sehinggalah sekarang," ujar Penyanyi dan pelakon Kilafairy, 27, yang dilihat semakin terbuka untuk berbicara soal peribadi sejak kehadiran jejaka bernama Sa'aid Umar Aiman dalam hidupnya.

Mula berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram, sejak tahun lalu, pemuda yang bekerja dalam bidang penerbangan itu mengubah pendirian anak kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil ini. Bukan sekadar memuatnaik gambar bersama, penyanyi lagu 'Put The Word In' itu juga memaut nama Instagram buah hatinya.

Klik untuk gambar besar


Menurut pelakon filem Karak itu, dia kini memilih untuk tidak berselindung mahupun berahsia mengenai perhubungan mereka kerana selesa bertemankan lelaki berkenaan: "Saya rasa selesa dan lebih menjadi diri sendiri ketika mengenalinya. Dia juga membuatkan saya menjadi insan lebih baik. Malah, saya berasakan dapat lihat masa depan bersamanya.

"Begitupun, jika ditanya mengenai hala tuju hubungan kami, saya pastinya mengharapkan penamat yang baik. Kalau ada jodoh, ia pasti tak ke mana. Cuma, tidak manis jika saya yang bercakap mengenai bila saatnya kami bakal disatukan," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Kilafairy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: