20 February 2020

SEKALI LAFAZ - EMMA MAEMBONG KINI ISTERI PILOT, MUHAMMAD SHAZLI


Alhamdulillah... dengan sekali lafaz akhirnya pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, kini sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, kira-kira jam 11.58 pagi hari ini.





Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pada majlis berkonsepkan warna putih itu dan dihadiri 300 tetamu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 bersama senaskhah Al Quran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat: "Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah (20022020) juga sangat cantik dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami.

Klik untuk gambar besar


"Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah," katanya

Emma dilihat memasuki dewan pernikahan dengan diiringi bapanya, Ismail Embong. Selain adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose. Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail, Emma bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu lancar.

"Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami... Insya-Allah," tuturnya yang tampak ayu dengan tata rias Nad Ismail.



Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose. Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.

"Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu. Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.

"Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri," jelas pelakon drama 'Cemburu Seorang Perempuan' itu.



Emma mengaku sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang memikat hatinya: "Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang. Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Shazli mengaku kagum dengan sifat isteri yang rajin bekerja selain memiliki kecantikan semula jadi: "Emma ada hati yang baik. Dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup selain mengutamakan keluarga seperti saya. Dia sangat tegas dalam membuat keputusan. Saya lihat dia ramai kawan, namun, dia memilih sahabat yang betul-betul untuk rapat dengannya," katanya yang membesar di Selangor.

Pasangan ini belum merancang destinasi berbulan madu dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin. Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan dianjurkan. Sehari selepas itu, pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya.






















www.myartis.com / Sumber: mStar, Berita Harian, Instagram Hlive, Ezuwan Ismail & Jaydeesm Mohamad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: