29 March 2020

"KAMI TAK MINTA UNTUK KAMI... JANGAN GADUH-GADUH BENDA SIMPLE SAJA" - SHUIB


Pelawak Shuib Sepahtu menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya baru-baru ini telah mengulas berhubung kenyataan beberapa rakan artis yang merayu agar kerajaan tidak meminggirkan golongan pekerja seni yang turut terjejas susulan lajutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).





Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 36, dia dan dua rakannya iaitu penyanyi Black Hanifah serta Tomok hanya mewakili artis veteran serta pekerja belakang tabir yang kehilangan sumber pendapat. Shuib menjelaskan mereka bertiga tidak pernah mengharapkan sebarang bantuan seperti yang didakwa segelintir netizen namun bersyukur masih mempunyai rezeki untuk menyara keluarga.

"Kami tak minta untuk kami. Semuanya salah faham sahaja. Sebenarnya apa yang saya, Tomok dan Black cakap sebelum ini, kami mewakili penggiat seni, artis veteran dan yang bekerja di belakang tabir. Masa PKP ini sudah tentu mereka tak ada job. Tapi kita tengok, mungkin mereka juga layak dapat apa yang kerajaan berikan. Tapi kena faham yang saya, Black dan Tomok tak mengharapkan bantuan itu.

"InsyaAllah kami masih cukup makan dan pakaian untuk anak-anak serta keluarga. InsyaAllah ada lagi rezeki," kata Shuib yang memberi penjelasan tersebut menerusi rakaman video yang dimuatnaik di laman Instagram selepas menerima kecaman teruk daripada netizen sejak beberapa hari lalu.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Shuib dan penyanyi Black Hanifah serta Tomok menjadi mangsa kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni. Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia dan rakan-rakannya ada menjalankan tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan namun enggan menghebahkan perkara itu kepada umum.

Malah, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini menyeru semua pihak yang berkemampuan untuk saling memberi bantuan kepada golongan anak seni yang kurang bernasib dalam keadaan krisis wabak Covid-19: "Kami tetap jalan kerja kami, maksudnya mana yang boleh bantu, kita bantu. Tapi kita tak payah bercerita atau hebahkan sangat. Kami buat sebab dah jadi tanggungjawab.

"Siapa ada kemampuan, kita bantulah mereka yang memerlukan. Tak kan kita dah ada kemampuan, nak minta tolong pula... nak minta kerajaan tolong, itu yang salah. Tolong faham dan jangan gaduh-gaduh benda simple saja. Lebih baik kita bersatu padu, jaga diri kita dan pastikan kita berjaya memerangi Covid-19," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: