09 March 2020

MASUK HOSPITAL - ZULKIFLI ZAIN SEMAKIN SIHAT, MASIH DITAHAN


Pada Sabtu lalu, pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 74, telah dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang. Pelakon filem 'Permintaan Terakhir' dan 'Tiada Esok Bagimu' yang kini berkerusi roda menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair. Beliau juga lumpuh tangan dan kaki kiri, berdepan masalah jantung lemah serta buah pinggang.





Anaknya, Norzaza Zulkifli berkata, bapanya mengadu sakit perut, Jumaat lalu: "Saya ingat sakit perut biasa sebab ada kala, Papa sukar membuang air besar. Pada pagi Sabtu, Papa mengerang sakit perut lagi. Saya melihat muka sudah pucat apabila dia memberitahu badan sejuk dan tangan menggeletar.

"Saya dan suami terus menghantarnya ke wad kecemasan di Hospital UiTM Sungai Buloh. Pemeriksaan doktor mendapati, ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi. Buah pinggang pula agak kering dan bermasalah," jelasnya.

Norzaza berkata, hasil pemantauan, ada penurunan pada bacaan darah dan buah pinggang: "Alhamdulillah, Papa semakin sihat dengan pemantauan dan ubatan yang diberikan. Bagaimanapun, beliau masih ditahan di wad untuk rawatan selanjutnya," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: