29 April 2020

ALVIN TEMPELAK USTAZ ABU SURUH HAPUSKAN TULISAN CINA: "YOU TAK LAYAK JADI USTAZ"


Tindakan pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang menggesa agar tulisan Cina dihapuskan itu telah mendapatkan perhatian penyanyi dan pelakon Alvin Chong yang meluahkan kekesalan dan menjelaskan tindakan itu mencetuskan perselisihan faham dan mengganggu perpaduan antara kaum.





"Inilah punca kecetusan perpaduan rakyat Malaysia. Shame on you fot using religion as an excuse and weapon. May God grant you the punishment. You tak layak jadi ustaz. Even a 3 year old Muslim kid is better than you," tulis Alvin menerusi akaun Twitternya yang mengulas mengenai sepotong video yang tular di media sosial memaparkan pendakwah itu berhujah mengenai tulisan Cina.

"Satu cadangan untuk seluruh warga Malaysia, kita sekarang akan hapusan tulisan Cina. Kita perlu cabut dan buang segala tulisan Cina yang ada di papan tanda ataupun di mana-mana tempat termasuk di dalam surat khabar, buku teks atau novel.

Klik untuk gambar besar


"Apa sahaja yang terkait dengan huruf dan tulisan Cina maka perlu kita haram dan hapuskan serta merta tanpa meninggal sedikit pun kesan. Hapus terus tulisan, ejaan dan bahasa Cina di negara kita. Tindakan ini wajar kerana kita di Malaysia ada bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Cina bukanlah satu bahasa yang menggantikan tempat untuk warganegara Malaysia," katanya.

Video yang dimuatnaik di akaun Twitter pengguna yang dikenali sebagai @khalids itu mendapat pelbagai respon ramai.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alvin Chong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: