23 May 2020

ELFIRA LOY BAGI DUIT RAYA KEPADA 50 PEMINATNYA SEMPENA KHATAM AL-QURAN


"Alhamdulillah Dengan Izin Allah, Jumaat 29 Ramadhan 1441H, El dah berjaya khatam. Syukur Ya Allah. Ramadhan tahun memang mencabar sangat nak khatam sampai rasa nak give up sebab terlalu letih dan tak cukup masa. Being a wife and mother is really a big responsibility.





"Yang masih bujang tu gunakankah masa sebaiknya . Tahun ni, saya cub abaca tafsiran seleaps selesai baca setiap surah sebab itu ambil masa yang lama. Hari terakhir itu, saya bangun jam 4 pagi dan mula membaca 4 juzuk terakhir sehingga lepas Asar. Tak lekang telekung mengaji. Perasaannya macam di Mekah, rindunya.

"Masa nak baca lepas itu Rayyan tiba-tiba nak dekat El. Serious rasa nak nangis takut tak sempat khatam. Tapi Alhamdulillah dapat bergilir dengan mama baca al-Quran. Bila Mamam dah khatam, saya pula pulun. Leganya bila sempat khatam," demikianlah kata pelakon Elfira Loy yang bersyukur kerana akhirnya dia dapat selesai membaca senaskah al-Quran sehingga khatam di penghujung bulan Ramadan.

Klik untuk gambar besar


Menurut Elfira dia melalui pelbagai cabaran untuk menghabiskan bacaannya dalam tempoh sebulan itu. Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Sempena pencapainnya yang berjaya khatam al-Quran itu, Elfira bernazar untuk memberikan duit raya kepada 50 orang pengikutnya di Telegram.

"Seperti yang dijanjikan kepada my telegram family , DiaryElmu , sempena khatam Alquran El harini , saya akan bagi duit raya pada yang juga khatam al-Quran seramai 50 orang . Itu memang nazar El nak khatam. Insya-Allah esok saya agihkan.

"Terima kasih yang bagi semangat dan mendoakan saya," tutur Elfira yang berkahwin dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: