17 June 2020

"ALHAMDULILLAH, RAYYAN MAMPU JADI IMAM YANG BAIK BIARPUN BERUSIA 11 TAHUN" - RITA RUDAINI


Sambutan Syawal pelakon Rita Rudaini dan dua anaknya tetap meriah, meskipun hanya menyambut bertiga sahaja di ibu kota. Rita berkata tiada apa yang lebih penting baginya selain melihat senyuman yang terukir di wajah anak-anaknya.





Menurut Rita, anak-anaknya sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung namun mereka faham dengan situasi yang melanda negara. Mahu anak-anaknya merasai suasana hari raya, Rita menyediakan pelbagai juadah istimewa pada pagi raya.

"Rayyan dan Arjuna sedih tidak dapat pulang bertemu dengan Mak Tok dan sanak saudara di kampung. Selain itu, mereka paling hiba tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid seperti kelazimannya.

Klik untuk gambar besar


"Bagaimanapun, mereka faham dengan situasi COVID-19 melanda seluruh negara. Jadi, bagi memastikan Rayyan dan Arjuna merasakan suasana hari raya, saya beriya-iya menyediakan juadah raya walaupun kami bertiga sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Rita akui sebak apabila anak sulungnya menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri mereka di rumah. Malah, Rita turut meluahkan rasa syukur anaknya kini sudah mampu untuk menjadi imam keluarga kecil mereka.



"Kerana terlalu teruja mahu mengimamkan solat, Rayyan sibuk mencari maklumat panduan solat sunat Aidilfitri di enjin carian Google dan bertanya kepada ustaz. Alhamdulillah, Rayyan mampu menjadi imam yang baik biarpun baru berusia 11 tahun," tuturnya.

Untuk makluman, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 kemudian bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aarit Rayyan Rizqin, 11 dan Airit Qaqa Arjuna, 9.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: