29 June 2020

'IRIS' - NAMA ANAK KEDUA MIA AHMAD


Pelakon Mia Ahmad akhirnya mendedahkan nama cahaya mata keduanya kepada umum, selepas 10 hari melahirkannya. Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, memilih nama 'Iris' untuk diberikan kepada bayi perempuannya yang lahir pada 18 Jun lalu.





"Here we grow again! Assalamualaikum semua! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd. Izham Tarmizi," kongsi Mia menerusi satu entri di Instagram dengan memuatnaik gambar dirinya bersama bayi perempuannya itu buat pertama kali.

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pemilihan nama Iris sebagai satu nama yang cukup indah: "Alhamdulillah, baby Iris, senafas auntie sebut. - "Syukur Alhamdulillah. Sedap dan mudah je nama baby..comelnya," tulis sebahagian netizen.

Terdahulu, Mia melahirkan anak keduanya pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan swasta. Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Mia Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: