23 June 2020

TERUJA NAK TERIMA MENANTU - "CEPAT BENAR MASA BERLALU" - UMIE AIDA


"Baru me tahu perasaan seorang ibu bakal menerima menantu. Alhamdulilah.. syukur dengan nikmat rasa ini.

"MasyaAllah.. rasa tak percaya anak me sudah dewasa dan bersedia memikul tangungjawap yang lebih besar dalam hidupnya. Alhamdulilah... ibu gembira dengan pilihan mu danial.. Semoga sentiasa dalam lindunganNYA dan diberkatiNYA .. Aamiin... Doakan semoga pernikahan mereka berjalan lancar tahun ini yea. InsyaAllah," kongsi Datin Seri Umie Aida.





Dia berkata demikian kerana teruja apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band, bakal berkahwin dengan wanita pilihan dikenali Haniz Zahira, 28, yang dijangka berlangsung pada Disember ini selepas melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup kelmarin.

"Alhamdulillah, apabila saya jumpa Haniz, dia anak baik. Jumpa pula keluarga Haniz, masya Allah, rezeki Allah bagi. Bakal besan pun yang baik-baik. Saya cakap dengan anak selepas selesai pertunangan, kena bersyukur sebab bukan mudah pada zaman sekarang kita nak jumpa pasangan baik, bakal mak mentua baik. Jadi, kena bersyukur banyak-banyak rezeki yang Allah berikan," jelasnya lagi.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada juga rasa sedih sebab berasakan anak masih kecil lagi. Macam cepat sangat masa berlalu. Alhamdulillah, dia kini 27 tahun dan sudah bersedia untuk pikul satu tanggunggungjawab baru. Sebab itu, saya izinkan dia untuk berkahwin dan bernikah secepat mungkin.

"Sepatutnya majlis tunang dan nikah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Tapi, apabila PKP kena ikut syarat tertentu pula. Itu semua ketentuan. Saya cakap pada anak, mahu bernikah tahun ini atau macam mana. Benda baik kena cepat-cepat. Tak perlu lambat-lambat. Saya berikan kebebasan buat keduanya untuk mereka bincang. Jadi, keputusannya mereka nak tunang dulu dan nikah secepat mungkin," tambahnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: