16 July 2020

SAFIEY PILIH USTAZ EBIT LEW: "BUKAN BERLAGAK... SAYA TAK PERLU PU"



Sebelum ini, usahawan kosmetik Safiey Illias menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya. Oleh sebab itu, PU Syed Bakri menjemput Safiey dan Nur Sajat untuk bersemuka dengannya yang kini berada di Ipoh, Perak.



Namun lain pula kali ini apabila Safiey mendedahkan dia memilih untuk merujuk dengan individu yang dia selesa iaitu Ustaz Ebit Lew untuk membimbingnya. Ketika dihubungi, Safiey menyatakan dia tidak mempunyai sebab yang jelas untuk bertemu dengan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) kerana merasakan ini sekadar untuk pemasaran.

"Saya tahu dengan siapa yang perlu dirujuk dalam hal ini. Saya lebih selesa dengan Ustaz Ebit Lew. Saya ada nombor dia untuk dihubungi. Bukan saya berlagak tapi tak perlu saya libatkan ramai orang dengan masalah saya. Saya ada juga beberapa orang kenalan dari pejabat agama dan juga ustaz-ustaz yang lain.

"Saya tak perlu cari PU ini, atas sebab apa? Semua ini sekadar pemasaran saja. Sebenarnya lebih okey kalau dia menghubungi saya secara peribadi. Apa pulak orang yang beragama lain tengok dan cakap bila dia buat surat terbuka? Boleh mesej saya di Instagram (IG), dekat situ ada nombor untuk dihubungi. Takkan dia hanya tahu kemaskini status saja?" katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Syinta Gila ini akui suka dengan cara Ustaz Ebit Lew yang memilih untuk tidak mengulas isu ini di platform miliknya: "Rasa geram tu ada tapi tak mengapa, saya boleh terima.

"Kalau tengok Ustaz Ebit Lew dia tak pernah sentuh bab ini. Dia diam saja, tak ada buat pendedahan macam ni. Tahu-tahu dia dah jumpa orang tu. Sebelum nak kongsi di media sosial, dia akan minta kebenaran dulu," katanya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: