21 July 2020

"TAKUT MATI AWAL SAYA AKAN RUGI" - ALIFF SYUKRI BERSYUKUR KESEDARAN DATANG LEBIH AWAL



"Siapa faham apa yang saya rasa? Kegembiraan yang dicari. Kegembiraan apa yang lagi ingin saya tipu. Saya dah puas hidup ini mencari harta benda siang malam, pagi petang. Kadang-kala saya hanya tidur dua jam sahaja untuk mencari duit.



"Kadang-kala tanya apa nilai kebahagiaan yang saya ingin cari selama ini. Lebih dari 15 tahun saya mengemudi dalam dunia busines, daripada pasar malam, rumah ke rumah, maki hamun orang, sepak terajang dalam dunia busines semua saya dah rasa.

"Orang nampak indah sahaja, yang pahit orang tak nampak. Saya nak rehat sebab tu anda tengok saya jarang buat video," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mendedahkan bahawa dia sudah puas menjalani kehidupan yang sentiasa mengejar kekayaan selama ini.

Menurut Aliff, hakikat sebenar, apa yang dilakukannya itu bukanlah erti nilai sebuah kebahagiaan sebenar yang dicari selama ini. Dalam entri tersebut, Aliff berkongsi sebuah video dirinya menghabiskan masa bersama keluarga dan para pekerjanya bercuti di Pulau Sibu, Johor. Aliff menyifatkan apa yang dilaluinya itu kinilah erti sebenar kebahagiaan yang dicari.

Klik untuk gambar besar

"Saya nak bagi tumpuan kepada keluarga saya. Saya nak buat kerja apa yang saya suka. Saya takut kalau saya mati awal saya akan rugi. Syukur Alhamdulillah kesedaran itu datang lebih awal. Hari ini saya spend dengan keluarga dan semua kakitangan saya untuk bercuti.

"Saya telah tempah satu pulau bahagiakan mereka. Semoga kegembiraan di mana saya membawa keluarga sebelah saya, sebelah isteri saya, keluar belah arwah ayah saya dan semua kakitangan saya. Walaupun biasa-biasa sahaja tapi ia amat bermakna buat kami. Syukur alhamdulllah kerana saya diberi rezeki mengecapi kegembiraan ini," katanya.

Sebelum ini, Aliff pernah meluahkan rasa seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya sudah letih menguruskan perniagaan. Begitupun, baru-baru ini, salah seorang pekerjanya mendedahkan dirinya terpaksa ditamatkan perkhidmatan ekoran kedudukan kewangan syarikat yang kini terjejas.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Aliff Syukri& Syazwan Fiesol


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: