13 July 2020

ULANG TAHUN KE-54 - SUAMI HADIAKAN IBU NEELOFA BMW



"Alhamdulillah syukur... kasih sayang dari zat kekuasaanmu ya Allah terpancar seluruh ke jiwa-jiwa yang berdamping denganku. Ini adalah rahsia kekuasaan dalam gengamanmu yang tidak pernah terfikir di fikiran makhluk. Alhamdullilah ya Allah, mashaAllah hari ini (Ahad) menerima kejutan daripada suamiku tercinta.



"Yang terharu bukan kejutan atau hadiah tapi usahanya yang membuatku cukup-cukup terharu. Love you sayang. Kaulah sinar hidupku dan kebahagiaanku," demikianlah kata ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang menerima sebuah kereta mewah BMW daripada suaminya, Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan sempena ulang tahun ke-54 pada 8 Julai lalu.

Noor Kartini atau nama penuhnya Noor Kartini Noor Mohamed meluahkan rasa syukur dan terharu bukan disebabkan hadiah berkenaan sebaliknya usaha suami merancang kejutan istimewa tersebut. Usahawan terkenal itu juga memuat naik foto hadiah kereta mewah jenis BMW itu di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan kata-kata ucapan hari lahir dan doa buat Noor Kartini dan suaminya. Dalam pada itu, Noor Kartini juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi dan memberkati rezeki suaminya serta dikurniakan kesihatan yang baik.

"Semoga Allah merahmati, sentiasa menyayangi serta melindungmu dan memberkati rezekimu sayang dengan kesihatan yang afiyah... amin. Love you sayang," ujarnya.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Noor Kartini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: