28 September 2020

ALIFF KINI BEBAS - BELLA BANGGA: "DAH TERIMA BALASAN DI DUNIA & SEDANG BAIKI DIRINYA"



Ada segelintir pihak beranggapan suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz tidak serik melakukan kesilapan berulang kali, susulan penyanyi dan pelakon itu dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak senonoh.

Bagaimanapun menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 26, hukuman itu bukan membabitkan kejadian terbaharu sebaliknya ia adalah kes yang terjadi pada tahun lalu.

Ujar Bella, dia berasa bangga dengan suaminya yang berasal dari Singapura itu kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah ramai yang mendoakan tapi ada juga yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama. Saya bangga dengan dia sebab mengaku kesalahan.

"Pada saya, Aliff dah menerima balasan di dunia dan dia pun sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu berpesan dekat dia supaya sentiasa kena kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya.


"Dia pun tak lari daripada apa yang dah dilakukan. Kes tersebut tidak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani hukuman yang ditetapkan," kata Bella.

Sekitar September lalu, Aliff dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 ($500) selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku pada tahun lalu.

Selepas dua minggu menjalani hukuman tersebut, penyanyi lagu 'Sayang Sayang' itu telah dibebaskan pada Ahad lalu.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Bella Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: