20 September 2020

CINTA DENGAN GADIS KETURUNAN BABA & NYONYA - PABLO AKUR TIDAK KESAMPAIAN



"Tiada jodoh antara kami. Saya anggap mungkin kami belum bersedia ke arah lebih serius dalam ikatan perkahwinan. Perpisahan ini tidak membabitkan orang ketiga... Tidak sama sekali. Keputusan berpisah ini dibuat secara bersama dan baik.

"Hubungan kami putus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Tertekan jugalah apabila berdepan perpisahan. Namun, saya bersyukur dikelilingi keluarga dan teman yang positif...

"Alhamdulillah," demikian kata pelakon Pablo Amirul yang akur dengan suratan takdir apabila hubungan cintanya dengan gadis bukan Melayu itu sudah berakhir.

Akhir tahun lalu, Pablo mengaku menjalin hubungan cinta dengan gadis keturunan Baba dan Nyonya yang juga penjawat awam di sebuah agensi kerajaan itu.

Klik untuk gambar besar


Pablo atau nama sebenar, Amirul Hisyam Mohd Sakri yang aktif berlakon sejak 2012, tenang menjawab soalan mengenai kisah putus cinta. Namun, Pablo mengaku terbuka untuk menjalin hubungan baharu.

"Cuma, sekarang saya mahu fokus kepada kerjaya termasuk dunia digital yang saya ceburi," ujar Pablo yang membawa watak antagonis, Jimbo, dalam filem 'Polis Evo'.

Mengenai perkembangan terbaru, Pablo aktif berkongsi kandungan dalam YouTube: "Ketika PKP, saya menghasilkan dokumentari untuk sebuah stesen televisyen (TV).


"Namun, malangnya, tidak 'lepas'. Enggan terus menunggu, saya fikir lebih baik buat sendiri. Saya kembali aktif di YouTube sambil menjana pendapatan sampingan," jelasnya.

Menerbitkan program Dunia Scuba With Pablo Amirul & Friends, Pablo berkongsi informasi pulau-pulau menarik di Malaysia yang menawarkan harga berpatutan dalam rancangan itu.

"Saya tampilkan teman artis dalam program yang disiarkan di YouTube itu. Selain itu, saya juga menerbitkan empat episod berkisar dunia laga ayam, Ultimate Cock Fighting," tuturnya yang sedang menunggu tayangan filem 'Air Force The Movie : Selagi Bernyawa'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Pablo Amirul

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: