30 October 2020

NIEZAM ZAIDI NAFI STATUS JANDA NONNY PUNCA BATAL PERKAHWINAN



"Sebenarnya tidak ada kaitan dengan status dia pun," jelas pelakon Niezam Zaidi yang menafikan status janda penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menjadi punca pembatalan perkahwinan mereka yang sudah dirancang.

Niezam berkata, majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung Isnin lalu iaitu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

"Seperti dikatakan sebelum ini, mungkin saya belum bersedia untuk menjadi pemimpin yang bagus dalam sebuah keluarga. Selain dari itu memang tidak ada apa-apa pun. Mungkin saya ada masalah dengan diri sendiri. Itu saja," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Niezam menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan menganggap tidak ada jodoh antara mereka.

Klik untuk gambar besar



"Pembatalan ini dibuat atas keputusan kedua belah pihak, antara saya dan Nonny. Disebabkan itu tidak jadi. Sepatutnya majlis dibuat pada hari jadi saya tempoh hari," katanya.

Dalam laporan media semalam, Nonny berkata, keputusan membatalkan majlis perkahwinan yang sudah dirancang itu sudah dibuat lama iaitu selepas mereka menghadiri kursus kahwin pada September lalu.

Terdahulu, Nonny mengumumkan membatalkan majlis perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram sempena hari jadi Niezam.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Niezam Zaidi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: