11 October 2020

"SAYANG PEGANG SEMUA AMANAT..." - GENAP 8 BULAN ABAM PERGI, HIDAYAH AKUI KEHIDUPAN SUKAR



"10.10.2020... lapan bulan abang (Abam) pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang (merujuk dirinya) akan menyusul kemudian abang. Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi... sangat sukar, sangat susah dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang, keluarga...

"Alhamdulillah sayang bangun untuk capai impian kita," demikianlah tulis balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah yang mengakui perjalanan hidupnya sukar tanpa insan tersayang di sisi selepas lapan bulan pemergian suami tercinta.

Meskipun terpaksa menahan kerinduan, Hidayah yang berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram itu berkata dia kuatkan diri dan cekalkan hati untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggal mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Sementara itu, Nor Hidayah berkata dia masih memegang janji dan amanat yang ditinggalkan oleh arwah. Malah, dia turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki sebuah kedai makan tercapai hasil doa orang ramai.

Klik untuk gambar besar



"Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya, InsyaAllah! Sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang. Aku yakin pada-Mu Ya Allah, aku yakin rancangan-Mu.

"Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya... Al-Fatihah buat suamiku Syed Umar Mokhtar!" ujarnya Hidayah yang berkahwin dengan Abam pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Untuk makluman, Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam panas.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Nor Hidayah & Abam Bocey

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: